Tuesday, July 23, 2013

Product sharing: Vita-Lea as the best Multivitamin & Multimineral

Assalamualaikum..

Hye uols. Hari nih nak share salah satu supplement Shaklee yang saya amalkan iaitu Vita-Lea. Vita-Lea nih adalah sejenis multivitamin and multimineral yang berupaya untuk melengkapkan nutrisi yang badan kita perlukan.


Bukan semua orang makan tiap-tiap hari ikut skema piramid makanan right? Let say lah hari nih kita makan lauk ayam, sayur and nasi. Ayam makan sampai dua ketul sayur pulak ambilnya sikit jer. Nampak tak kat situ dah tak seimbang? Buah-buahan tak makan. Di sini lah pentingnya kita ambil supplement sebagai pelengkap nutrisi.

Macam saya sendiri, sejak mengamalkan Vita-Lea nih badan terasa lebih bertenaga semasa berpuasa dan kurang rasa lapar. Tipu laa kalau kata tak letih langsung tapi sememangnya kurang letih and kurang rasa lapar seperti puasa-puasa tahun sebelumnya. Syukur Alhamdulillah.. Bila badan rasa lebih fresh macam nih for sure lah nak share dengan uols kann :)

Okayh nih antara kelebihan Vita-Lea Shaklee:

  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun berkerja seharian
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran semata (vegetarian) dan juga anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisme - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Secara umumnya, Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang.  Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi keperluan hampir keseluruhan badan kita. Berikut antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:

  • Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
  • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
  • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
  • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
  • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
  • Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
  • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
  • Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet
Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan iodin ini ada dalam Vita-Lea).

Selain itu juga, Vita-Lea adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim di mana even if kita kurang makan sebab diet, pengambilan Vita-Lea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang. Pregnant ladies and breastfeeding mommies sangat digalakkan untuk mengamalkan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi bagi mereka dan adalah penting untuk tumbesaran anak.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*

One thing uols kena take note: 
Supplement bukan bertujuan untuk merawat penyakit tetapi membantu kita mencegah penyakit.

Interested to take this Vita-Lea as well? You may contact me as per below details:



Till then, selamat menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan. Semoga Allah mempermudah urusan harian kita.

Assalamualaikum :)


0 feedback(s):



 
Copyright @Lyana Hisham | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com